MAJLIS SERAHAN CEK SUMBANGAN RM20,000 KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI
BAGAN SERAI, 8 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini telah menyerahkan sumbangan berbentuk cek berjumlah RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna.
Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim manakala pihak sekolah diwakili oleh Puan Norlaila binti Ab Rahmat selaku penerima sumbangan.
Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong usaha pembangunan pendidikan dan prasarana sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada warga sekolah dalam meningkatkan kualiti pembelajaran serta suasana kondusif untuk para pelajar.



