Temuduga Penyambungan Bantuan Bulanan Mukim Trong, 195 Asnaf Disantuni MAIPk Taiping
TRONG, 4 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Taiping telah melaksanakan Sesi Temuduga Penyambungan Bantuan Bulanan bagi asnaf di Mukim Trong bertempat di Dewan Perdana Mukim Trong.
Seramai 225 orang asnaf telah dijemput hadir bagi sesi temuduga kali ini, dan daripada jumlah tersebut, 195 orang asnaf telah hadir untuk ditemuduga.
Bagi memastikan proses temuduga berjalan lancar serta menepati garis panduan agihan zakat, seramai 15 orang panel penemuduga telah ditugaskan. Panel ini terdiri daripada pegawai MAIPk dengan kepakaran masing-masing dalam menilai kelayakan serta keperluan asnaf.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MAIPk dalam memastikan golongan asnaf yang benar-benar layak terus disantuni melalui Bantuan Bulanan, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.





