• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

MAJLIS SERAHAN CEK SUMBANGAN RM20,000 KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

BAGAN SERAI, 8 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini telah menyerahkan sumbangan berbentuk cek berjumlah RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim manakala pihak sekolah diwakili oleh Puan Norlaila binti Ab Rahmat selaku penerima sumbangan.

Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong usaha pembangunan pendidikan dan prasarana sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada warga sekolah dalam meningkatkan kualiti pembelajaran serta suasana kondusif untuk para pelajar.



115 Pelajar Biasiswa MAIPk Menggunakan Aplikasi Digital Lonjakkan Kecemerlangan SPM 2025

Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) sekali lagi melanggan Pandai Premium selama 3 bulan dan menaja seramai 115 pelajar Tingkatan 5 di bawah Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal. Program ini merupakan tajaan penuh MAIPk dengan jumlah keseluruhan RM28,175.00, sebagai usaha berterusan memperkasakan pendidikan digital.

Taklimat secara dalam talian telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor. Harapan beliau agar para pelajar memanfaatkan aplikasi Pandai sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2025. Beliau turut mengumumkan insentif khas kepada pelajar yang berjaya meraih keputusan cemerlang.

Melalui kerjasama bersama Pandai Education, pelajar-pelajar ini mendapat akses premium penuh secara dalam talian.

Walaupun terdapat beberapa cabaran teknikal, kerjasama ibu bapa amat membantu dan pihak MAIPk terus memantau agar semua pelajar dapat memanfaatkan aplikasi tersebut dengan baik.

Sokongan ini bukan sekadar penajaan, tetapi juga suntikan motivasi yang menjadi pemacu semangat untuk para pelajar mencapai kecemerlangan dalam SPM 2025.




Hampir 300 Asnaf Hadir Sesi Temuduga Bantuan Bulanan MAIPk Cawangan Ipoh

IPOH, 4 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Ipoh turut menjalankan Sesi Temuduga Penyambungan Bantuan Bulanan bagi asnaf terpilih.

Seramai 370 orang asnaf telah dijemput menghadiri sesi temuduga yang diadakan secara berperingkat pada sebelah pagi dan petang.

Program ini bertujuan menilai kelayakan semasa penerima agar bantuan bulanan yang diagihkan terus disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak. Kehadiran panel yang ramai telah memastikan kelancaran sesi dan mempercepatkan proses temuduga.



52 Anak Perak Sambung Pengajian ke Mesir & Jordan

IPOH, 2 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Bekalan Ilmuwan Ke Timur Tengah di Hotel Impiana kepada 52 anak negeri Perak sebelum mereka berangkat melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda ke Mesir dan Jordan bagi sesi 2025/2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal dan persiapan rapi kepada para pelajar dalam mempersiapkan para pelajar dari aspek mental, fizikal dan spiritual sebelum melangkah ke bumi anbiya.

Beberapa pengisian penting termasuk taklimat perjalanan ke Timur Tengah dan taklimat Skim Bantuan MAIPk telah disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor serta perkongsian tentang kehidupan di Mesir dan Jordan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat & Adat Melayu, Munawir bin Mohamad Noh.

Para mahasiswa penting sebagai pewaris ilmu dan bakal pemimpin masa depan ummah yang membawa harapan besar masyarakat dan negeri Perak. Semoga dengan dana zakat yang diterima, mereka terus bersemangat menuntut ilmu, cekal berjuang dan akhirnya kembali ke tanah air sebagai ilmuwan yang menyumbang untuk agama, bangsa serta negara.





Temuduga Penyambungan Bantuan Bulanan Mukim Trong, 195 Asnaf Disantuni MAIPk Taiping

TRONG, 4 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Taiping telah melaksanakan Sesi Temuduga Penyambungan Bantuan Bulanan bagi asnaf di Mukim Trong bertempat di Dewan Perdana Mukim Trong.

Seramai 225 orang asnaf telah dijemput hadir bagi sesi temuduga kali ini, dan daripada jumlah tersebut, 195 orang asnaf telah hadir untuk ditemuduga.

Bagi memastikan proses temuduga berjalan lancar serta menepati garis panduan agihan zakat, seramai 15 orang panel penemuduga telah ditugaskan. Panel ini terdiri daripada pegawai MAIPk dengan kepakaran masing-masing dalam menilai kelayakan serta keperluan asnaf.

Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MAIPk dalam memastikan golongan asnaf yang benar-benar layak terus disantuni melalui Bantuan Bulanan, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.